PUTRAJAYA: Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih kepada adik mangsa, Fauziah Nordin, di sini hari ini, Aiman Athirah berkata JKM mula menyalurkan bantuan bulanan RM500 kepada keluarga itu sejak Julai lepas.
"Bantuan bulanan ini akan diteruskan termasuk sesi kaunseling kepada keluarga Jahidah. Kita juga akan lihat semula sekiranya ada keperluan menaikkan jumlah bantuan ini. KPWKM juga ambil berat urusan kebajikan Jahidah dan anak lelakinya yang masih kecil," katanya.
BACA: Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki
BACA: "Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
Jahidah, 44, petugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Beliau yang ketika itu hamil enam minggu mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak, disyaki dipukul.
Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada Nov 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada Nov 2021. - Gambar fail/ Sinar Harian
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan
Bantuan bulanan JKM kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya.
Jahidah sudah dibenarkan pulang
Jahidah bagaimanapun terpaksa ditahan di wad kerana luka pembedahannya masih belum kering dan memerlukan pemantauan doktor.
Bayi wanita koma dipukul suami dibenar bawa pulang
Bayi yang diberi nama Jihady Nasywan itu selamat dilahirkan Selasa lalu di Hospital Tuanku Jaafar(HTJ).